Thursday, 22 January 2015

HAI MELAYU - A. SAMAD SAID






             A.    Samad Said  :

TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa...

3 comments:

  1. A.Samad Said nafi pemilik puisi ‘Hai Melayu’ -

    YouTube -

    https://m.youtube.com/watch?v=EPD5MuvKQiw

    ReplyDelete
  2. Bangsa Melayu dh pupus Pak Samad, yg tinggal hanya Bahasa Melayu yg bkn dituturkan oleh Melayu.

    5 Kerajaan Melayu Sumatera binasa dibumi hanguskan oleh YA'JAWAJUD MA'JAWAJUD.

    Kerajaan Melayu Kalimatan dibinasakan oleh gabungan Kerajaan Hindu Buddha Jawa n Sunda...begitu juga dengan kerajaan Melayu Makassar dibinasakan oleh Krajaan Bugis.

    Kerajaan Melayu Langkasuka, Kedah Tua musnah dibumihanguskan oleh juga gabungan Hindu Buddha, begitu juga Kerajaan Melayu Gangga Negara.

    Setiap kebinasaan Kerajaan tersebut dibinasakan oleh gabungan Kerajaan Hindu Buddha India, Chiana, Sukhothai, Kambodia yg didalangi sendiri oleh Kerajaan Hindu Buddha JAWA & BUGIS!!!

    APAKAN DAYA PAK SAMAD!!! PEMIMPIN MELAYU SKARANG PUN DARI DARAH YG SAMA...BUGIS & JAWA!!! 2 KAUM PEMBELOT YG MENGKHIANATI KERAJAAN MELAYU MELAKA!!!

    ReplyDelete
  3. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...