Wednesday, 5 March 2014

DR MAHATHIR DAN ANWAR IBARAT FIRAUN DAN NABI MUSA





Penderitaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kekejaman Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana, kata bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Razali Nawawi.
Bekas presiden Abim yang pertama itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.
"Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat kepada Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.
"Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya," katanya sewaktu berkempen di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.
Anwar pada 1998 dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas dikatakan terlibat dalam kes liwat membabitkan Azizan Abu Bakar, Sukma Darmawan dan beberapa individu lain.
Pada 2008, Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan Anwar mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu dan pada 7 Ogos tahun sama, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut.
Dr Razali berkata berulang kali mengingatkan kepada Anwar agar berhati-hati dengan permainan politik Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Saya kenal dia sejak 1969 dan sejak itu kami berkawan di dalam Abim. Saya presiden dan dia setiausaha agung.
"Saya ingatkan kepada Anwar berhati-hati dengan Dr Mahathir dan Daim ini tetapi dia kata dia boleh uruskannya," katanya.
Dr Razali berkata banyak pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kepimpinan Anwar dan berasa senang untuk berunding dengan ketua umum PKR itu.
"Saya pernah bertemu dengan timbalan presiden Sudan dan beliau berkata selagi Dr Mahathir hidup, Anwar akan susah," katanya yang selesa berjubah dan berkain serban putih di kepala. -TMI

Note : Bila kita dah baca citer ni, jangan terus percaya dan jangan terus menolak. Kita ada otak fikirkan, nilaikan dan ambil iktibar. Mungkin betul mungkin tidak tapi bagi pakcik macam betul aje.. WaAllahu'alam. 

Kenapa ek Tun dan Daim amat membenci DS Anwar dan takut sangat Anwar jadi PM?? Takut biasanya kerana salah atau takut Anwar bongkar rahsia Tun dan Daim. Daim dalam Diam ada berbillion duit kat oversea. Ada banyak Bank lagi kat Afrika wow kaya tu. Bagi Tun pulak kan DS Anwar dah memaafkan Tun lama dah. Dan yang paling kelakar baru-baru ni Tun cakap undi Anwar makna undi Amerika. Kah kah kah... malulah statement macam ni keluar dari bekas PM kita.

Sekarang ni kecoh pulak Anwar nak join UMNO semula dan team-up dgn Najib. Anwar nak jadi TPM dan Menteri Kewangan (ni yang Zaid Ibrahim tulis kat blog dia). Tujuannya nak blok pakatan Tun dan Mahyudin (TPM) nak jatuhkan Najib. Kalau ini terjadi maka dunia politik kat Malaysia ni akan semakin meriah. Jangan rakyat jadi mangsa sudahlah. Jangan Malaysia jadi huru hara sudahlah. Tapi rasanya tak mungkin DS Anwar(PKR) nak join UMNO balik pulak.

Apapun terjadi kita tunggu dan lihat. Sebagai rakyat kita mahu kepimpinan yang terbaik, telus, bijak dan yang paling utama bebas rasuah. Penerapan nilai Islam dalam pentadbiran hendaklah diutamakan. Rasanya PAS sahaja yang mampu buat seperti terbukti di Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...