Thursday, 26 December 2013

SAIFUDDIN : BN MUNGKIR JANJI JIKA TOL NAIK




SAIFUDDIN: BN MUNGKIR JANJI JIKA TOL NAIK



Bekas timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN memungkiri janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya di seluruh negara.
Katanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.

“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.

"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Komen : Mentang-mentang dah menang... selagi apa ada yang boleh naik semua BN nak naikkan. Gula, minyak, GST, Bil Letrik, Tol dan banyak lagi akan menyusul semuanya naik. Ni lah padah menangkan BN pada PRU13 yang lepas. Juragan-juragan Umno mana ada terasa barang baik sebab diaorang semua hartawan. Balik2 rakyat juga yang tertipu.

Kelangsungan dari kenaikan barangan asas di atas maka segala barang-barang dapur, makanan, transport, baju seluar, daging ayam, perabot,barang kegunaan dll akan naik harga. Maka jadilah rakyat Malaysia rakyat sengsarawan. Buktinya baru2 ni pakcik makan kat Precint 9 Putrajaya lauk ikan sayur tak masuk air harga RM10.00. Air mineral botol kecil RM1.50. Tu baru intro kenaikan. Inilah balasan UMNO pada orang Melayu yang mengundi BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...