Saturday, 3 August 2013

VIDEO OF THE WEEK : APAKAH YANG PALING RINGAN DAN YANG PALING BERAT DI DUNIA -IMAM GHAZALI





Thursday, 1 August 2013

APABILA PETISYEN UMNO DITERIMA DAN PETISYEN PAKATAN DITOLAK...PEGUAM PAS

 

Petisyen PRU13-Apa kata Hanifa Maidin Peguam PAS

Ramai sudah mengetahui banyak petisyen pilihanraya yang difailkan khususnya oleh PAS dan PKR telah ditolak oleh Mahkamah di peringkat bantahan awal lagi. Setakat artikel ini ditulis 5 petisyen yang difailkan oleh PAS di Kelantan telah ditolak. Begitu juga 2 petisyen PKR di Kelantan juga ditolak. Petisyen PAS bagi Parlimen Titiwangsa juga ditolak. Begitu juga Petisyen Parlimen Setiawangsa yang difailkan PKR juga ditolak. Petisyen Dun Mahkota di Johor juga ditolak meskipun wujudnya banyak Borang 14 yang mengandungi maklumat tidak betul yang dilakukan oleh SPR dan menjejaskan keputusan pilihanraya.

Untuk berlaku adil terdapat juga beberapa petisyen yang Umno failkan juga dtolak. Hampir semua petisyen yang ditolak , Mahkamah mengenakan kos yang agak tinggi. Ini menimbulkan spekulasi yang tidak sihat iaitu adakah Mahkamah ingin memberi satu mesej kepada mereka yang ingin memfailkan petisyen pilihanraya pada masa akan datang supaya berjaga-jaga kerana anda mungkin akan dikenakan kos yang tinggi jika kalah. Selain itu ia juga mengundang satu mesej bahawa mana mana petisyen yang telah difailkan tapi belum didengar lagi setakat ini adalah lebih baik ditarik balik petisyen tersebut.

Semasa pendengaran petisyen PAS bagi Parlimen Kuala Selangor, peguam Umno Dato Hafarizam meminta Mahkamah mengenakan kos yang tinggi iaitu lebih dari RM30 ribu kerana beliau mahu membankrapkan Pempetisyen. Kata beliau seseorang hanya boleh dibankrapkan jika hutang lebih RM30 ribu.

Ketika tiba giliran saya berhujah saya katakan kami failkan petisyen bukan untuk membankrapkan sesiapa. Sebaliknya kami failkan petisyen kerana ini sahaja saluran undang-undang yang kami ada untuk meminta Mahkamah membetulkan kepincangan dan salah urus pilihanraya yang dilakukan olen SPR . Petisyen difailkan, saya kata, bagi memastikan kesucian (sanctity) dan kebersihan (purity) sistem pilihanraya sentiasa dipelihara. Saya katakan biarlah mana mana calon yang menang sesuatu pilihanraya hasil dari satu pertandingan yang sihat dan adil dan bukan secara menipu dan melanggar undang-undang.

Saya pernah menulis di ruangan ini bahawa hakikatnya Mahkamah Piliharaya bukan forum yang boleh diharap membetulkan kepincangan sistem pilihanraya negara ini. Keyakinan saya itu hasil dari pengalaman mengendalikan banyak kes petisyen pilihanraya dalam tempoh masa hampir 15 tahun. Melihat kepada beberapa keputusan Mahkamah Pilihanraya pada kali ini saya makin hampir ingin menyatakan tidak perlu lagi Pakatan bersusah payah mengguna saloran Mahkamah untuk mengadu hal kepincangan pilihanraya. Buang masa , tenaga dan wang ringgit.

Tapi itulah yang Umno inginkan! Dan itulah dilema yang Pakatan hadapi. Guna saloran undang undang, Mahkamah meletakkan pelbagai halangan teknikal untuk menyusahkan perbicaraan petisyen. Guna saloran di luar Mahkamah seperti berdemo menentang kepincangan sistem pilihanraya dkatakan tidak menghormati keputusan pilihanraya meskipun keputusan tipu dan mungkin akan didakwa pula di bawah Akta Perhimpunan Aman .

Adakah Mahkamah patut disalahkan dalam hal ini? Malangnya jawapannya ya kerana kali ini saya melihat Mahkamah terlalu  mengutamakan bentuk ( form ) dari isi ( substance ). Mahkamah atau para hakim ( yang setengahnya nampak sangat tidak ada pengalaman  ) nampaknya begitu mudah berselindung atas alasan undang undang pilihanraya mesti ditafsir dengan ketat ( strict interpretation ) bagi membatalkan sesuatu petisyen. Maka kita dapat melihat Mahkamah mudah sangat menerima bantahan bantahan remeh untuk membatalkan sesuatu petisyen.

Sebagai contoh ada hakim pilihanraya kali ini yang menolak petisyen hanya kerana beliau menerima tafsiran ganjil peguam Umno yang menyatakan petisyen mestilah diserahkan oleh pihak Pempetisyen sendiri. Yang lebih malang hakim tersebut , atas alasan yang beliau sahaja tahu, menerima bantahan Umno itu tanpa para peguam yang hadir di hadapan beliau diberi peluang untuk berhujah secara lisan. Keputusan hakim itu mendorong saya menyatakan kepada Hakim itu "saya rasa adalah tidak wajar yang Arif membuat keputusan tanpa memberi kami para peguam peluang berhujah secara lisan. Lagipun Yang Arif, dengan penuh hormat, tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes petisyen..apa salahnya bagi kami peluang berhujah secara lisan untuk bantu Yang Arif membuat keputusan yang betul.".

Saya akui kenyataaan saya pada hakim itu agak tegas.Namun saya tidak ada pilihan . Beliau bukan sahaja tidak menunaikan permintaan saya malahan Hakim itu berkata " saya sudah buat keputusan, keputusan saya final dan jika kamu tidak puas hati kamu boleh  merayu.". Apabila beliau kata begitu saya tahulah nasib malang petisyen Pas.  Betul jangkaan saya, semua bantahan awal kami ke atas petisyen Umno ditolak dan semua bantahan awal peguam Umno atas petisyen Pas pula diterima .

Ada peguam perlembagaan menyatakan Perlembagaan akan mati jika Perlembagaan ditafsir seperti menafsir wasiat. Saya pula ingin menyatakan demokrasi yang mati di negara ini tidak akan hidup balik jika Mahkamah Pilihanraya terus menerus menafsirkan undang undang pilihanraya macam tafsir surat pajak gadai !!!

Bayangkan jika ada Mahkamah yang boleh menafsir seksyen 34 Akta Kesalahan Pilihanraya bahawa petisyen pilihanraya tidak boleh difailkan melalui firma peguam atas alasan seksyen 34 menggunakan perkataan pempetisyen , maka hanya pempetisyen yang kena failkan petisyen dia di Mahkamah. Malangnya tafsiran begini pun hakim boleh terima.

Adakah masuk akal mereka yang tidak tahu selok belok undang undang dan proses Mahkamah disuruh pergi Mahkamah untuk memfailkan petisyen. Bagitu juga masuk akal kah petisyen hanya boleh diserahkan oleh pempetisyen sendiri dan bukan melalui orang lain. Jika kita ikut tafsiran mengarut itu sudah tentu jika Karpal Singh memfailkan petisyen beliau sendiri perlu menyerahkan petisyen secara berkerusi roda. Bagaimana pula jika pempetisyen itu seorang yang buta matanya ?

Yang terbaru Hakim menerima bulat bulat tafsiran peguam negara bahawa maksud ketidakpatuhan undang-undang bertulis berkaitan penjalanan pilihanraya ( non compliance of written law relating to conduct of election ) di dalam seksyen 32 ( b ) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 adalah terhad kepada ketidakpatuhan dua undang undang sahaja iaitu Peraturan Pilihanraya ( Penjalanan Pilihanraya ) 1981 dan Peraturan Pilihanraya ( Pengundian Pos ).

Dengan tafsiran sempit ini jika sekalipun ada ketidakpatuhan mana mana peruntukkan lain dalam mana mana undang undang pilihanraya selain dua peraturan itu maka ia tidak boleh dijadikan alasan untuk memfailkan petisyen. Atas tafsiran sempit itulah walaupun petisyen yang Pas failkan berhubung Borang 14 yang disediakan oleh Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) adalah palsu kerana terlalu banyak kesilapan dan bercanggah dengan seksyen 4 ( a ) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 Mahkamah meskipun setuju ia bercanggah dengan seksyen 4 ( a ) tersebut tetap menolak petisyen Pas. Alasannya ketidakpatuhan Akta Kesalahan Pilihanraya tidak boleh dijadikan alasan di bawah seksyen 32b .

Mahkamah mungkin tidak sedar atau pura pura tidak sedar akibat tafsiran sempit itu maka selepas ini SPR tidak lagi perlu bimbang jika mana mana pegawainya membuat apa apa kesalahan atau kesilapan di bawah mana mana undang undang selain dari dua Peraturan yang saya sebut itu. Ini tafsiran yang memberi lesen kepada penyelewengan dan salah guna kuasa !

Hakikatnya undang undang pilihanraya digubal dengan memberi  manfaaat yang tidak sewajarnya kepada parti yang memerintah. Mahkamah pula membantu mengekalkan status quo itu. Jika pun ada Hakim yang berani seperti Hakim Dato Kamil Awang dalam pilihanraya Likas membatalkan keputusan pilihanraya tersebut kerana wujudnya daftar pemilih yang diragui dan tidak bersih , keputusan tersebut bukan digunakan untuk membersihkan daftar pemilih . Sebaliknya keputusan itu digunakan sebagai justfikasi untuk pintu Mahkamah ditutup rapat dari mempersoalkan kebersihan daftar pemilih dengan diperkenalkan seksyen hantu iaitu seksyen 9A Akta Kesalaha  Pilihanraya 1954 ( pindaan 200)

Komen : Pakcik doakan siapa jua penzalim-penzalim yang tak sedar diri ini akan musnah dan hancur dan ditimpa bala musibah akibat perbuatan jahat mereka. Siapa makan cili nasib le.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...