Tuesday, 23 October 2012

JUTAWAN ARAB SAUDI ADA USD7.7 BILLION-MEMILIH UNTUK JADI MISKIN SEMULA




Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :

1)  Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.

2)   Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).

3)   Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.

4)   Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.

5)   Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.

6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

7)   Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

8)   Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

9)   Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

12)  Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.



MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA.

Di bawah ialah petikan dari : syahrilkadir.wordpress.com :

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya. Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Baca seterusnya di sini :  syahrilkadir.wordpress.com

Monday, 22 October 2012

LOKASI KAMERA AES SELURUH NEGARA - SILA AMBIL TAHU SEBELUM KENA SAMAN






KEBAIKAN :

Antara kebaikan sistem ini adalah mengurangkan gejala rasuah kerana tiada polis yang menyaman dan rasuah akan menjadi zero. Ianya juga dapat meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalan raya terhadap lokasi-lokasi bahaya yang selalu berlakunya kemalangan. Dengan kata lain tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan kemalangan jalanraya.

KEBURUKAN :

Keburukannya ialah tiada amaran beberapa meter dari lokasi. Tujuan baik kamera ini adalah supaya pemandu jangan melanggar undang-undang. Tetapi jika tiada amaran pakcik rasa niatnya dah menyerong  bukan untuk mencegah pelanggaran undang-undang tetapi nak kaut duit rakyat melalui saman.

Justeru itu, diharap JPJ dapat memasang notis amaran bebrapa meter sebelum kamera AES  diletakkan, agar pengguna jalanraya bisa berhati-hati dan tidak melanggar peraturan.


Berikut ialah lokasi kamera AES bagi kawasan Kuala Lumpur mengikut rekod JPJ  (lain-lain lokasi sila klik kat bawah) :
LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU
NEGERI : KUALA LUMPUR




Bil.
Lokasi
Route No
Daerah
Logitude
Latitude
Had Laju
1
LEBUH RAYA SPRINT
E0023
Jalan Bandar
101.630736
3.16317

2
LEBUH RAYA DUKE
E0033
Jalan Bandar



3
KM D7.7 SUNGAI BESI
E0002
Jalan Bandar
3.05085
101.70506
80




LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES DI LAMPU ISYARAT
NEGERI : KUALA LUMPUR


Bil.
Lokasi
Route No
Daerah
Latitude
Logitude
Simpang
1
R JALAN RAJA LAUT
Z0164
Jalan Bandar
3.160902
101.695389
4
2
A JALAN AMPANG
Z0004
Jalan Bandar
3.1605
101.740957
4
3
JALAN SEMARAK (GURNEY)
Z0184
Jalan Bandar
3.101967
101.430476
4
4
S JALAN SEGAMBUT
Z0177
Jalan Bandar
3.186556
101.667835
3
5
JALAN IPOH
Z0060
Jalan Bandar
3.177469
101.686805
3
6
BATU 6, KEPONG
Z0073
Jalan Bandar
3.057093
101.629412
3
7
C JALAN CHENG LOKE
Z0030
Jalan Bandar
3.145066
101.69662
4
8
C JALAN CHOW KIT
Z0032
Jalan Bandar
3.166457
101.69721
4
9
G JALAN GENTING/KLANG
Z0048
Jalan Bandar
3.066888
101.411209
4
10
JALAN BATU MUDA TAMBAHAN 1
Z 0185 
Jalan Bandar 
101.41368
3.12636
4
11
JALAN BATU , KEPONG BARU
Z 0074
Jalan Bandar 
101.38546
3.1228
4
12
JALAN KLANG LAMA
Z0089
Jalan Bandar
3.177469
101.686805
3

Lain-lain lokasi sila  ckeck kat sini : 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...