Kenapa Ustaz bencikan Anwar Ibrahim
AWANG : "Eh, takkan saya nak marah.... nak tegur apa, Ustaz...? Silakan..."
.
USTAZ : "Ana tengok, enta terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim....
Tak boleh, syeikh.... Kita tak boleh taksub kepada manusia, haram
hukumnya....!"
.
AWANG : "Ustaz, saya orang Islam.... Sebagai seorang Muslim, saya
nak bagitahu bahawa saya tidak suka jika orang Islam lain difitnah
sebegitu rupa.... Saya tidak suka kalau orang Islam lain dizalimi dan
dianiaya begitu.... Itu saja.... Adakah itu yang Ustaz maksudkan saya
taksub kepada Anwar...?"
.
USTAZ : "eer... Bukan itu maksud ana...."
.
AWANG : "Bila bercakap tentang penderitaan rakyat Palestine,
Ustaz bertempik sampai nak terkeluar anak tekak, siap tumbuk meja sebab
marahkan Israel.... Siap tumbuk dinding kerana marahkan tentera
Yahudi...... Padahal kalau ustaz melolong dan meraung seluruh negara
pun, orang Yahudi di Israel tak dengar pun......! Tapi bila Anwar
difitnah dan dizalimi oleh orang Islam sendiri di depan mata kita,
kenapa Ustaz tak tumbuk lantai....? Sekarang, siapa yang taksub....?"
.
USTAZ : "Kita tak boleh kata Anwar telah dizalimi..... Anwar
bukannya baik sangat... Dia bukannya maksum.... Tidak mustahil kalau dia
memang bersalah.... Kalau enta kata confirm Anwar tidak bersalah, itu
tak betul.... Dia bukan Malaikat....!"
AWANG : "Adakah Ustaz percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu...?"
USTAZ : "Bukan soal percaya atau tidak.... Enta juga tidak boleh kata confirm dia tak buat.... Sebab kita sama-sama tak tahu."
AWANG : "Kalau tak tahu, kenapa dia dihukum....? Ustaz orang
alim, mengaji sampai ke Mekah Madinah, ilmu tinggi langit, ijazah
bergulung-gulung macam tikar.... Sekarang saya nak tanya, kitab mana
yang bagitahu kita boleh menghukum orang sebab kita sama-sama tak tahu
samada dia bersalah atau tidak...?"
USTAZ : "Anwar pun ada buat salah..... Ada bukti.... Terang-terang dia gila kuasa, nak rampas Putrajaya."
AWANG : "Kenapa tak hukum dia atas kesalahan nak rampas
Putrajaya....? Kenapa buat fitnah kononnya dia telah meliwat....? Mazhab
mana yang ajar kalau seseorang melakukan kesalahan, kita boleh reka
tuduhan atas kesalahan lain kemudian hukum dia...? Hukum Islam mana yang
benarkan begitu...? Ustaz pakai kaedah mana...?"
USTAZ : "Er.... Bukan ana yang hukum dia.... Mahkamah telah buat keputusan, apa kita boleh buat....?"
AWANG : "Saya tak suruh Ustaz buat apa-apa.... Saya cuma nak tanya, adakah Ustaz setuju dengan hukuman ke atas Anwar....?"
USTAZ : "Kita sama-sama tak tahu....."
AWANG : "Bukan soal kita tahu atau tak tahu.... Saya tanya, adakah Ustaz setuju dengan hukuman itu...?"
USTAZ : "Ya, ana ikut keputusan mahkamah.... Ana bukan taksub macam enta....!"
AWANG : "Adakah sekadar bersimpati kepada orang Islam yang dianiaya dengan kejam begitu, maka Ustaz anggap saya taksub...?"
USTAZ : (Diam)
.
AWANG : "Ustaz, taksub bukan hanya menyokong seseorang, tetapi membenci
seseorang tanpa sebab juga adalah sejenis ketaksuban.... Orang itu ialah
seorang Muslim.... Dia difitnah dengan dahsyat, tetapi Ustaz bergembira
dengan hukuman itu, maknanya Ustaz seorang yang busuk hati dan
jahat.....!"
.
USTAZ : "Ana ada sebab kenapa ana benci Anwar...!"
.
AWANG : "Sila beritahu apa sebabnya..."
AWANG : "Sila beritahu apa sebabnya..."
USTAZ : "Anwar cuba mengkhianati perjuangan Islam.... Dia pecat
Khalid Ibrahim dan mahu digantikan dengan bini sendiri.... Dia biadab
dengan Tuan Guru Haji Hadi...."
AWANG : "Alahai.... ok, dengar sini.... Ustaz tahu tak bahawa
Anwar tak pernah tinggal Solat....? Ustaz tahu tak bahawa Anwar seorang
Islam yang tidak pernah lupa untuk rukuk dan sujud kepada Allah 5 kali
sehari semalam.....?"
.
USTAZ : "Alaa syeikh, orang yang Solat pun tidak semestinya masuk syurga.... Ada juga orang Solat masuk neraka..."
AWANG : "Ustaz sendiri dah dapat tiket untuk masuk Syurga...?
Kalau ada tiket lebih, bagilah saya satu....!"
USTAZ : "Sekurang-kurangnya, dalam soal Agama, ana ikut Qur'an
dan Sunnah Nabi SAW.... Enta pertahankan Anwar, ikut Sunnah
siapa.....?"
AWANG : "Baik.... Ustaz dengar sini.... Selepas Penaklukan Kota
Mekah, tahun 8 Hijrah, telah berlaku Perang Hunain.... Abu Sufian yang
baru masuk Islam ikut serta dalam peperangan itu, dan di Hunain itulah
sebelah mata Abu Sufian telah buta akibat terkena anak panah.....
Akhirnya pasukan Islam telah menang dan mendapat harta rampasan yang
banyak..... Ketika membahagikan ghanimah kepada para tentera Islam, Nabi
SAW telah memberikan harta yang lebih kepada Abu Sufian, kerana untuk
mengambil hatinya..... Hurkus bin Zuhair, dari bani Tamim, yang turut
serta dalam Perang Hunain itu telah menegur tindakan Nabi SAW itu....
Katanya :
"Ya Rasulullah! Takutlah kamu akan Allah... Wajib berlaku adil dalam pembahagian!"
Nabi SAW menjawab : "Melampau! Siapa lagi yang lebih takutkan Allah melebihi aku...?"
Umar al-Khattab telah menyentap pedangnya dan meminta izin dari Nabi SAW untuk memenggal leher Hurkus bin Zuhair, kerana begitu biadab terhadap Nabi Allah.... Tetapi Nabi SAW tidak membenarkan Umar membunuh Hurkus, dan baginda bersabda kepada Umar :
Sekarang Ustaz faham kenapa saya menentang kezaliman ke atas Anwar....?
Sebab dia orang Islam yang sangat taat mengerjakan Solat...! Samada
Solatnya diterima atau tidak, soal dia akan masuk syurga atau neraka,
itu bukan urusan Ustaz...!!! Daripada Ustaz sibuk sediakan neraka untuk
orang lain, baik Ustaz kira dosa sendiri dulu."