Wednesday, 30 July 2014

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN






PAKCIK MENGUCAPKAN SELAMAT HARIRAYA  DAN MAAF ZAHIR BATIN ATAS APA JUA SILAP DAN SALAH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN, MANA LE TAU ADA ENTRI2 YANG TAK BEBERAPA BETUL DAN TERKHILAF. MOHON MAAF JUA DIPINTA. INSYAALLAH PAKCIK TAKKAN SIARKAN CITER2 YANG TAK BETUL. KADANG2 MESTI ADA SALAH DAN SILAP JUGA SEBAB MANUSIA TAK AKAN LARI DARI MEMBUAT SALAH DAN SILAP. NAMA PUN MANUSIA. JADI MAAF LAGI SEKALI KUPOHON.

JOM LAYANN LAGU RAYA NI :


teringat masa pakcik di 'perantauan'

p/s : Pakcik dapat pulak anak buah baru  pada 1 syawal.

Thursday, 3 July 2014

BANDARAYA JOHOR BAHRU -ISKANDAR MALAYSIA MILIK SIAPA?? ORANG MELAYU TERPINGGIR LAGI..


Media tempatan baru-baru ini menyiarkan iklan besar-besaran tentang sebuah syarikat gergasi dari tanah besar Cina yang telah membeli hartanah di lokasi berprestij di negeri kelahiran saya, Johor. 
Pada Khamis 19 Jun lalu, akhbar Berita Harian dan New Straits Times menyiarkan hasrat dan perancangan  syarikat hartanah berkenaan, R&F Properties (yang telah membina beberapa bangunan ikonik pencakar langit bernilai billion ringgit di beberapa bandar besar di negara itu) membina struktur yang serupa (mungkin lebih tinggi lagi) di  negara kita.
Tidak ada siapa pun yang menafikan kehebatan dan prestasi cemerlang syarikat gergasi Cina itu, yang dilaporkan telah memecah rekod jualan hartanah dengan pungutan sebanyak RM21.1 bilion sewaktu upacara perasmian Hotel R&F Ritz-Carlton, Chengou pada tahun 2013.
Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1994, ia telah diiktiraf sebagai pemaju tersohor nombor 1 di Cina, dengan track recordnya menyiapkan 6 siri projek ikonik, lebih 14 hotel 5 bintang bertaraf antarabangsa, termasuk Ritz-Carlton, Grand Hyatt dan Marriott, dan 26 menara pejabat ikonik di Tianjin dan Guangdong – yang merupakan salah satu bangunan tertinggi di Cina.
Secara kebetulan, pada hari Selasa 17 Jun 2014 yang lalu, saya selesai mengendalikan sebuah bengkel undang-undang tanah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, di hadiri oleh 35 perserta terdiri dari kalangan peguam, warga korport dan wakil pelbagai agensi awam.
Dalam sesi perbincangan mengenai prospek pembangunan hartanah, antara isu yang dibangkitkan adalah pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, khususnya di Danga Bay, Johor Bahru. Pada masa itulah perbincangan peserta tertumpu kepada aktiviti penjualan hartanah yang tidak ada henti-hentinya oleh pelbagai pihak (pemilik hartanah tempatan) kepada pelabur asing.
Antara hartanah yang telah dijual itu adalah 116 ekar tanah di Danga Bay yang telah dijual kepada syarikat R&F Properties ini dengan harga RM4.5 billion. Penjualnya adalah Sultan Johor sendiri.
Dalam iklan besar-besarn pada 19 Jun lalu itu, ada dinyatakan bahawa di atas tanah seluas 116 ekar yang telah dibeli oleh R&F Properties inilah nanti satu “mercu tanda global” akan dibangunkan, dan bakal dinamakan “R&F Tanjung Puteri”. 
Akibatnya, dalam bahasa mudah, Tanjung Puteri yang saya tahu sejak saya kecil (dan jadi sebutan dalam lirik lagu Melayu yang sering didendangkan oleh anak Johor sejak dahulu kala) akan luput dari pandangan dan kenangan  anak Johor, kerana ia “ditransformasi” menjadi  Tanjung Puteri mengikut selera syarikat gergasi dari Cina ini. 
Walaupun ada syarikat pelabur dari Cina yang lain yang datang ke sini dan membeli hartanah di Johor sebelum ini, misalnya sharikat Country Garden Holdings Co (dari Foshan, selatan Cina),  Agile Property Holdings Ltd, dan Greenland Group, syarikat R&F Properties merupakan pembeli hartanah yang paling bernilai sekali, dan lokasi yang paling prestij sekali.


Mengikut pakar hartanah tempatan, ada tiga lokasi di Iskandar Malaysia yang menjadi tumpuan pelabur asing, iaitu  Vantage Bay, Danga Bay and Medini. Lokasi pertama (Vantage Bay) sedang dibangunkan oleh pelabur dari Singapura, manakala lokasi kedua (Danga Bay) menjadi tumpuan utama pelabur dari negara Cina, seperti yang disebutkan di atas tadi. Lokasi ketiga (Medini) menjadi tumpuan pelabur Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, juga dari negara Cina.
Mengikut Datuk Syed Mohamed Ibrahim, CEO Iskandar Investment Bhd, penglibatan Qingdao merupakan pelaburan hartanah besar-besaran pertama di Medini oleh sebuah syarikat asing, bernilai RM2.5 bilion.
Country Garden, yang merupakan syarikat hartanah ke-7 terbesar di Cina, memuktamadkan pelaburannya di Danga Bay pada tahun lalu bila syarikat itu membelanjakan lebih RM800 juta membeli 28 hektar tanah di lokasi itu dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH). Pelaburan ini dianggar akan membuahkan hasil bernilai RM18 bilion.
Sebuah syarikat pemaju dari Shanghai, Cina yang lain, bernama Greenland Group, juga menumpukan perhatiannya ke Danga Bay, setelah berjaya membeli 13.96 ekar tanah dari IWH dengan harta RM600 juta. Pelaburan ini dianggar akan membuahkan pulangan bernilai RM2.2 bilion. Ini merupakan pelabuaran pertama bagi syarikat hartanah Cina itu di negara ini.
IWH merupakan pemaju utama (master developer) kawasan tepian seluas 1,620 hektar di sebelah timur dan barat Tambak Johor, dengan Danga Bay terletak dalam Flagship Zone A Iskandar Malaysia. Flagship Zone A terdiri satu kawasan kewangan yang baru, satu kawasan perniagaan, bandaraya tepian pantai Danga Bay, pembangunan bercampur di Tebrau Plentong and Tambak Johor.
Mengikut sebuah portal, www.forbes.com, IWH dimiliki bersama oleh seorang jutawan tempatan Lim Kang Hoo (60% ekuiti), selebihnya (40%) oleh Kumpulan Praserana Rakyat Johor (KPRJ). Mengikut portal yang sama Lim miliki 4,000 ekar dalam wilayah Iskandar. (lihat http://www.forbes.com/sites/neerjajetley/2014/05/28/malaysias-newest-billionaires-mints-money-from-reclaiming-land-and-selling-dreams/
Andainya hartanah di Johor Baru terus menerus dijual dengan begitu mudah sekali kepada pelabur asing, akhirnya nanti bila anak cucu kita tanya “Tok, Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”.

-Prof Salleh Buang

Baca juga ni : Bangunan Tertinggi Di Malaysia di JB
                     Pas Sokong Kebimbangan Dr Mahathir terhadap Iskandar Malaysia
                     CheDet -Transformasi Johor Bahru
                     Rakyat Mati Terbunuh Pertahankan Setiap Inci Tanah


Dicedok dari  : RAKYAT MARHAEN

Nota : Sebagai orang Johor Pakcik pun tak tahulah lepas ni mana orang Melayu Johor Bahru nak duduk. Mungkin semua balik kampung tanam jagung. Apabila kemegahan duniawi dikejar maka akan tergadailah hakmilik orang Melayu. Apa yang lebih malang hartanah ini dimiliki oleh orang asing atas nama pembangunan. Secara tak lansung Singapura dan China yang 'meluaskan kuasa mu'. Mana slogan JDT  Luaskan Kuasamu...takkan pada bola je kot.

Pakcik tak banggapun bangunan pencakar langit kat JB tu atau kat mana-manapun sebab ia bukan pun milik orang Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...